Join us on Facebook

Sunday 17 August 2014

KHASIAT BERBEKAM.

Posted by SAHLI
Khasiat  /  Kebaikan Berbekam.

Sepertimana yang kita ketahui  bahawa berbekam mempunyai banyak kelebihan dari segi kesihatan dan berupaya menyembuhkan berbagai jenis penyakit. Ia juga merupakan sunnah kerana Rasulullah SAW sendiri mengamalkan berbekam untuk menjaga kesihatan.


Hadis:


Sabda Rasulullah SAW:



عليکم بالحجامة في جوزة القمحدوة فانه دواء من اثنتين وسبعين داء

“Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan dengan bekam di Qomahduah (satu titik di bahagian belakang kepala) kerana sesungguhnya hal itu merupakan ubat bagi 72 jenis penyakit.” (HR Thabroni)



Sabda Rasulullah SAW lagi:



ما مررت ليلة اسري بي بملاء الا قالوا يا محمد مر امتک بالحجامة

“Aku tidak berjalan di hadapan sekumpulan malaikat pada malam ketika aku diisra’kan kecuali mereka (para malaikat) berkata: Wahai muhammad! perintahkanlah umatmu berbekam.” (HR Tarmizi & Baihaqi)





Antara kebaikan berbekam :



1.       Boleh membersihkan darah dan meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang.

2.       Memperbaiki aliran pembuluh darah .

3.       Menghilangkan kejang – kejang dan luka dalaman pada otot.

4.       Bermanfaat penderita asma , pneumonia dan angina pectoris .

5.     Bermanfaat ketika mengalami pening, luka dalaman dibahagian kepala dan wajah , migrain dan   sakit gigi.

6.       Ketika mengalami berbagai jenis penyakit mata dan rabun.

7.       Ketika mengalami gangguan rahim dan berhentinya menstruasi bagi wanita .

8.     Ketika terkena sengal , sciatica ( rasa sakit, sengal di pinggang) dan tulang sekitar belakang dan pinggang  serta papan punggung.

9.    Untuk mengatasi gangguan tekanan darah dan arteriosclerosis ( pengapuran pembuluh darah / kolesterol dalam darah dan pembuluh yang boleh menyempitkan saluran darah.

10.     Ketika mengalami sakit bahu , dada dan punggung

11.     Bermanfaat mengatasi luka – luka , bisul , jerawat dan gatal – gatal kulit.

12.     Bermanfaat mengatasi kemalasan , kelesuan dan penyakit banyak tidur .

13.   Bermanfaat mengatasi pericarditis ( radang selaput jantung ) dan nephritis ( radang ginjal ) yang parah.

14.   Bermanfaat mengatasi keracunan . contohnya seseorang terkena gigitan haiwan berbisa kaedah berbekam boleh di lakukan . Bekam pada tempat gigitan sedut dan keluarkan darah untuk menghalang bisa masuk ke jantung. Rawatan awal ini boleh dibuat sementara mendapatkan rawatan antidot di pusat kesihatan atau hospital.

15.     Bermanfaat mengatasi luka – luka bernanah .

16.     Membantu menghilangkan pening dan migrain.

17.   Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan melancarkan sistem perkumuhan.

18.    Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam, membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.

19.    Membantu mencegah kebas kaki dan membantu mengurangkan risiko serangan angin ahmar.

20.    Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tidak lancar.

21.   Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan   rasa berat dan malas.

22.  Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tidak lancar menyebabkan penglihatan jadi kabur.

23.    Membuang darah bertoksik untuk kesihatan keseluruhan.

24.    Membuang anasir gangguan makhluk halus melalui pengaliran darah.



“InsyaAllah, kita berusaha mengikut cara sunnah Nabi Muhammad S.A.W dan berdoa diberi kesembuhan kerana Allah yang menyembuhkan segala penyakit, hanya cara Nabi yang mendapat kejayaan ”

Di Al Ansar Health mempunyai tenaga kerja yang terlatih untuk melakukan bekam ini.
Hanya Rm 10 Satu Cup.Minimum 5 Cup.

https://bekamjogja23.files.wordpress.com/2013/06/wpid-bekam-wanita1.jpg?w=640









Jangan Lepaskan Peluang ini
 Datang Terus Ke:

Berbekam untuk wanita juga di sediakan

Pusat Rawatan Natroupati Holistik Nurizzat

G 11 Pangsaouri Metia ,
No 5 Persiaraan Sukan Seksyen 13
40100 Shah Alam

 

 Untuk maklumat lanjut sila hubungi 

 
  Sahli-0192827288

Puan Noor - 0193003806

 

MUTIARA KATA IMAM AL- GHAZALI RHM.A

  Yang Singkat Itu "WAKTU".

Yang Menipu Itu "DUNIA".


Yang Dekat Itu "KEMATIAN".

Yang Besar Itu "HAWA NAFSU".

Yang Berat Itu "AMANAH"

Yang Sulit Itu "IKHLAS".

Yang Mudah Itu "BERBUAT DOSA".

Yang Susah Itu "SABAR".

Yang Sering Lupa Itu "BERSYUKUR".

Yang Membakar Amal Itu "MENGUMPAT ".

Yang Mendorong Ke Neraka Itu "LIDAH".

Yang Berharga Itu "IMAN".

Yang Menenteramkan Hati Itu "TEMAN SEJATI".

Yang Ditunggu Allah Swt. ♥ Itu "TAUBAT"

0 comments:

Post a Comment